CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 13, 2012

anda suami dan anak...

-->

Ibaratkanlah diri anda sedang berada di dalam sebuah bas, suami menjadi pemandu , anak-anaak penumpangnya dan anda konduktor. Pastikan pemanduan suami tidak terganggu, pastikan anak-anak riang ria sepanjang perjalanan dan pastikan anda semua selamat. Sampai ke tempat yang dituju.

senangkanlah hatimu

-->Senangkanlah hatimu , kerana tidak ada orang yang hasad dan dengki  kepadamu, disebabkan oleh kemiskinanmu. Kemiskinan juga adalah nikmat , kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati dan tidak ada pula pintu kebencian

Friday, December 7, 2012

zalimkah kita..??


Orang yang paling zalim terhadap dirinya
Ialah orang yang
Merendahkan dirinya kepada orang yang tidak menghormatinya
Menyayangi orang yang tidak akan memberi  faedah kepadanya
Dan memuji orang yang tidak dikenalinya…
(imam syafie)

barangsiapa.....


BARANGSIAPA TIDAK ADA ADAB
BERERTI DIA TIDAK ADA ILMU
DAN BARANGSIAPA TIDAK ADA KESABARAN
BERERTI DIA TIDAK ADA AGAMA
DAN BARANGSIAPA TIDAK ADA SIFAT WARAK
BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA…….

Thursday, December 6, 2012

seorang.....

seorang anak 

yang kucium amanahnya

aku mengasihi kejujuran 

saidatina siti fatimah

yang dicintai ayahandanya

baginda Rasulullah



seorang perempuan 

yang kuhirup air matanya

aku mencintai kesucian 

siti maryam bt imran

yang tulus cintanya

melahirkan nabi Allah



seorang isteri

yang ku kagumi sejarahnya

aku menginsafi kehidupan

siti sara

yang tabah hatinya

di safa dan marwah


seorang guru

yang ku tuntut ilmunya

aku mengagumi

saidatina siti aishah

yang menegakkan kalimah Allah 

di madinah al munawwarah



seorang ibu 

yang ku simpan kasihnya

aku merasai kewarakan

seorang masyitah

yang tidak putus-putus diseksa 

yang sentiasa membasahi lidah

dengan zikrullah




seorang iman

yang ku bermakmum di belakangnya

aku menikmati keindahan iman 

surah an nissa'

yang memuliakan perempuan

dalam kesuciaan al quran

dalam keunggulan islam

 

Maha Suci Engkau  Ya Allah

Alhamdulillah 

menjadikan aku manusia perempuan yang beriman....