CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 13, 2012

anda suami dan anak...

-->

Ibaratkanlah diri anda sedang berada di dalam sebuah bas, suami menjadi pemandu , anak-anaak penumpangnya dan anda konduktor. Pastikan pemanduan suami tidak terganggu, pastikan anak-anak riang ria sepanjang perjalanan dan pastikan anda semua selamat. Sampai ke tempat yang dituju.

senangkanlah hatimu

-->Senangkanlah hatimu , kerana tidak ada orang yang hasad dan dengki  kepadamu, disebabkan oleh kemiskinanmu. Kemiskinan juga adalah nikmat , kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati dan tidak ada pula pintu kebencian

Friday, December 7, 2012

zalimkah kita..??


Orang yang paling zalim terhadap dirinya
Ialah orang yang
Merendahkan dirinya kepada orang yang tidak menghormatinya
Menyayangi orang yang tidak akan memberi  faedah kepadanya
Dan memuji orang yang tidak dikenalinya…
(imam syafie)

barangsiapa.....


BARANGSIAPA TIDAK ADA ADAB
BERERTI DIA TIDAK ADA ILMU
DAN BARANGSIAPA TIDAK ADA KESABARAN
BERERTI DIA TIDAK ADA AGAMA
DAN BARANGSIAPA TIDAK ADA SIFAT WARAK
BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA…….

Thursday, December 6, 2012

seorang.....

seorang anak 

yang kucium amanahnya

aku mengasihi kejujuran 

saidatina siti fatimah

yang dicintai ayahandanya

baginda Rasulullah



seorang perempuan 

yang kuhirup air matanya

aku mencintai kesucian 

siti maryam bt imran

yang tulus cintanya

melahirkan nabi Allah



seorang isteri

yang ku kagumi sejarahnya

aku menginsafi kehidupan

siti sara

yang tabah hatinya

di safa dan marwah


seorang guru

yang ku tuntut ilmunya

aku mengagumi

saidatina siti aishah

yang menegakkan kalimah Allah 

di madinah al munawwarah



seorang ibu 

yang ku simpan kasihnya

aku merasai kewarakan

seorang masyitah

yang tidak putus-putus diseksa 

yang sentiasa membasahi lidah

dengan zikrullah




seorang iman

yang ku bermakmum di belakangnya

aku menikmati keindahan iman 

surah an nissa'

yang memuliakan perempuan

dalam kesuciaan al quran

dalam keunggulan islam

 

Maha Suci Engkau  Ya Allah

Alhamdulillah 

menjadikan aku manusia perempuan yang beriman....





















Friday, October 19, 2012

perihal 7 ayat

BARANGSIAPA HAFAL 7 KALIMAH , IA TERPANDANG MULIA DISISI ALLAH DAN MALAIKAT SERTA DIAMPUNI DOSA2NYA WALAUPUN SEBANYAK BUIH DILAUTAN.


mengucap BISMILLAH pada tiap2 hendak melakukan sesuatu.






 mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap2 selesai melakukan sesuatu.


mengucap ASTAGFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tak patut.


mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.



 mengucap LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.



 mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah



mengucap  LAILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD  RASULULLAH  sepanjang siang malam-tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,walau lambat . mudah-mudahan selalu walau sambil lalu. mudahan jadi bisa , kerana sudah biasa.

ketentuan ALLAH

  • peredaran darah dalam badan manusia setiap hari menempuhi jarak 269 000 000 kilometer.

  • setiap hari jantung manusia berdenyut 103 000 kali.
  • setiap hari manusia bernafas lebih dari 23 000 kali. 

     

    *sekadar share ilmu dari artikel..copy n paste.

Saturday, October 6, 2012

kelahiran hawa pertama

salam..
kalam berbica..hampir setahun x menulis blog..xtaw la knapa..ketandusan idea kah??hum...rasanya x,,malas mengatasi segalanya..
hari ni 6 oct 12...lahirnya hawa pertama dalam keluarga ak..CUCU PEREMPUAN  pertama mak n ayah ak...n anak sedara girlgurl pertama y ak ad..huhuh..skang da masuk 3 orang da anak sedara....
nak beli aper ye utk hawa???
untuk kak deq,,semoga cepaat sembuh
moga kelahiran ini mngukuhkan lagi kasih sayang kak n abg,..
huhuhuh..besnyer bli baju baby gurlgirl..cantik3...mesti gilak nak pilih..!!