CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 14, 2010

jika kamu.....begitulah juga..

jika kamu memancing ikan......
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...........
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.....
kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup....

begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang.....
setelah ia mulai menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya....
jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.....

jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh........
cukuplah sekadar keperluanmu.....
apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terimalah seadanya....
janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa....
anggaplah ia manusia biasa,
apabila sekali ia melakukan kesilapan,
bukan mudah untuk kamu menerimanya..........
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya sedangkan jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya.......


jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang pasti baik untuk dirimu
mengenyangkan
berkhasiat
mengapa kamu berlengah
cuba mencari makanan yang lain.......
terlalu ingin mengejar kelazatan............
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
kamu akan menyesal........


begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan.........
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
menyayangimu.......
mengasihimu.......
mengapa kamu berlengah
terus mencuba membandingkannya dengan orang lain...........
terlalu mengejar kesempurnaan........
kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain........
kamu akan menyesal.........