CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 16, 2009

wahai lelaki....


wahai lelaki
janganlah hipokrit
semua lelaki perlukan wanita
tanpa wanita
hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.
mereka masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tidak ada disyurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?
pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, atau puteri.
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.


wahai lelaki
luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
didiklah mereka dengan panduan dariNya
jangan lah cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar.
janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka semakin menderita.
yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.
kenalakan mereka kepada Allah
zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia .


akal wanita setipis rambutnya
tebalkanlah ia dengan ilmu
hatinya serapuh kaca
kuatkanlah ia dengan iman
hiasilah ia dengan akhlak
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
ia bukan diskriminasi Tuhan
sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan


wanita yang lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
tanpa ilmu, iman dan akhlak
mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok
itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya.


bila wanita derhaka
dunia lelaki akan huru hara
lelaki pula janganlah menggharapkan ketaatan
tetapi binalah kepimpinan.
pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
pimpinlah diri sendiri kepadaNya.
jinakkanlah diri kepada Allah
nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu.


janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah az zahra
andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali karramallahhuwajhah............

0 comments: