CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 7, 2009

saeng....

AKU CUMA KAWANMU……………

ENTAHLAH………………..

Dalam melayari seluas-luas samudera kehidupan, ramai teman kan datang dan pergi. Namun setiap mereka itu ada kenangan tersendiri. Peliharalah nilai tawa dan duka nestapa itu umpama ia sebutir mutiara yang abadi kilauannya. Andainya aku novelis, akan ku adaptasikan segala nostalgia bersama di dalam sebuah buku ( yang tebalnya lebih kurang kamus Dewan ), buku yang mana pada setiap halaman kan terungkap kembali pahit manis persahabatan. Antologi setebal itu sahajalah yang mampu mencatatkan segala-galanya. Tetapi siapalah aku. Aku cuma kawanmu ( yang kalau menulis karangan, pasti merapu yang bukan-bukan, merepek tak menentu ). Ah aku tetap kawanmu……………

KADANGKALA

Seakan terdengar kembali lagu yang pernah menjadi siulan saban hari pada suatu masa dahulu. Irama yang turut bersama saat lara turut juga ceria. Hayatilah lagu-lagu itu kerana setiap baris lirik punyai makna tersirat nan tersendiri. Andainya aku komposer terkenal, akan ku cipta sebuah lagu sentimental yang menyentuh hati, diiringi alunan gitar akustik. Gubahan lagu nan asyik itu bakal ku dedikasikan padamu, kerana sehingga kini di antara ribuan lagu yang sedia ada, tiada satu pun yang benar-benar membayangkan kemesraan persahabatan ini. Ya lah, siapalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang jika menyanyi hanya layak mengetuai orkestra katak ). Pedulikanlah, aku tetap kawanmu.

SESEKALI

Tatkala terpandang panorama nan indah, pasti dirimu kawan kan ku kenang. Ketahuilah, di setiap persinggahan yang pernah kita jejaki punya identiti yang ceritera tersendiri. Andainya aku seorang pelukis profesional yang disegani, akan kulukis kembali semua pengalaman bersama, lukisan yang mana akan mendapat pujian setiap pasang mata yang melihatnya, pasti terpesona dengan kehebatan warna-warna persahabatan ini. Ia akan ku framekan dengan bingkai paling cantik kerana itulah selayaknya bagimu. Tetapi sayang, siapalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang jika melukis bunga akan kelihatan seperti anak itik yang cacat anggota ). Aku tetap kawanmu.

ACAPKALI

Tika kejora bergemerlapan di langit kelam, wajah dirimu kawan kan kembali membayangi, menguasai segenap imaginasi. Dalam berjuta bintang yang mengerdip megah, tiada satu pun yang dapat menandingi sinar gemilang persahabatan kita. Andainya aku seorang pengarah filem, akan kuhasilkan sebuah filem yang mengisahkan kembali waktu-waktu bersama. Filem yang pasti menjadi box office hit sebaris dengan star wars dan titanic. Ah tapi siapalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang asal berlakon, pasti sahaja diberi watak kartun ). Kartun atau tidak, aku tetap kawanmu.

SESUNGGUHNYA

Pada setiap kuntum senyuman yang dilemparkan, terpateri sebuah peristiwa yang mempunyai signifikasi tersendiri. Berpeganglah kepada senyuman manis itu kerana ia amat berharga bagimu. Andainya aku seorang invetor gagah , akan kucipta sebuah alat yang dapat menghilangkan nestapa yang telah melanda dirimu, agar bisa kau sentiasa tersenyum. Tetapi sipalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang sewaktu Kemahiran Hidup dulu , litar elektrik ringkas pun teramat-amatlah payah nak siapkan ) tidak mengapa, aku tetap kawanmu.

KAWAN

Barangkali coretan ini tiada makna bagimu. Telah terlalu banyak budi kau hulur, tiada terdaya ku balasnya. Genggamilah nilai persahabatan ini erat-erat, sehingga akhir nanti. Percayalah kawan, dirimu telah menjadi sebahagian dari diriku. Tetapi aku cukup sedar dan tahu, sipalah aku? Aku cuma kawanmu……………..

Yang pasti merindu…………….

0 comments: