AKU CUMA KAWANMU……………
ENTAHLAH………………..
Dalam melayari seluas-luas samudera kehidupan, ramai teman kan datang dan pergi. Namun setiap mereka itu ada kenangan tersendiri. Peliharalah nilai tawa dan duka nestapa itu umpama ia sebutir mutiara yang abadi kilauannya. Andainya aku novelis, akan ku adaptasikan segala nostalgia bersama di dalam sebuah buku ( yang tebalnya lebih kurang kamus Dewan ), buku yang mana pada setiap halaman kan terungkap kembali pahit manis persahabatan. Antologi setebal itu sahajalah yang mampu mencatatkan segala-galanya. Tetapi siapalah aku. Aku cuma kawanmu ( yang kalau menulis karangan, pasti merapu yang bukan-bukan, merepek tak menentu ). Ah aku tetap kawanmu……………
KADANGKALA
Seakan terdengar kembali lagu yang pernah menjadi siulan saban hari pada suatu masa dahulu. Irama yang turut bersama saat lara turut juga ceria. Hayatilah lagu-lagu itu kerana setiap baris lirik punyai makna tersirat nan tersendiri. Andainya aku komposer terkenal, akan ku cipta sebuah lagu sentimental yang menyentuh hati, diiringi alunan gitar akustik. Gubahan lagu nan asyik itu bakal ku dedikasikan padamu, kerana sehingga kini di antara ribuan lagu yang sedia ada, tiada satu pun yang benar-benar membayangkan kemesraan persahabatan ini. Ya lah, siapalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang jika menyanyi hanya layak mengetuai orkestra katak ). Pedulikanlah, aku tetap kawanmu.
SESEKALI
Tatkala terpandang panorama nan indah, pasti dirimu kawan
ACAPKALI
Tika kejora bergemerlapan di langit kelam, wajah dirimu kawan
SESUNGGUHNYA
Pada setiap kuntum senyuman yang dilemparkan, terpateri sebuah peristiwa yang mempunyai signifikasi tersendiri. Berpeganglah kepada senyuman manis itu kerana ia amat berharga bagimu. Andainya aku seorang invetor gagah , akan kucipta sebuah alat yang dapat menghilangkan nestapa yang telah melanda dirimu, agar bisa kau sentiasa tersenyum. Tetapi sipalah aku? Aku cuma kawanmu ( yang sewaktu Kemahiran Hidup dulu , litar elektrik ringkas pun teramat-amatlah payah nak siapkan ) tidak mengapa, aku tetap kawanmu.
KAWAN
Barangkali coretan ini tiada makna bagimu. Telah terlalu banyak budi kau hulur, tiada terdaya ku balasnya. Genggamilah nilai persahabatan ini erat-erat, sehingga akhir nanti. Percayalah kawan, dirimu telah menjadi sebahagian dari diriku. Tetapi aku cukup sedar dan tahu, sipalah aku? Aku cuma kawanmu……………..
Yang pasti merindu…………….
0 comments:
Post a Comment