CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 21, 2013


Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga
Padahal belum datang kepadamu(ujian) sebagaimana halnya orang – orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka  dan kesengsaraan , serta digoncangkan  (dengan bermacam-macam cubaan)
Sehingga berkatalah Rasul dan orang –orang yang beriman  bersamanya,
Bilakah datangnya pertolongan Allah?
Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Wednesday, March 27, 2013

perihal jodoh

bicara soal jodoh memang tak dapat dipisahkan daripada soal takdir.

namun, kefahaman terhadap takdir itu perlu diluruskan .
kita bukan diajar seperti akidah  Qadariah, yang menyerahkan segala-galanya pada takdir hingga diri sendiri tidak proaktif.

kita juga tidak diajar seperti akidah Jabariah yang bergantung sepenuhnya kepada usaha sendiri tanpa memikirkan betapa berkuasanya Allah dalam urusan ini.

kita diajar dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah .
jodoh itu memanglah sudah ditetapkan.
namun, kita tidak tahu takdir yang mendepan. tugas kita bukanlah peningkan kepala untuk meneka-neka takdir secara negatif. tugas kita ialah menggunakan petunjuk wahyu , akal dan hati sebaik-baiknya untuk mendapatkan yang terbaik. Allah tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah nasib kita sendiri.optimis!

huhuhuhuhu....bila nak kawen nie???

Sunday, March 3, 2013

ilmu



Siapa yang menuntut ilmu

Bererti dia mencari syurga
.
Dan sesiapa yang berbuat dosa

Bererti dia mencari neraka

Monday, January 21, 2013

islam


Jika engkau perlukan nikmat dunia
Cukuplah islam itu sebagai nikmat untukmu.
Jika engkau ingin menjadi asyik
Maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu.
Dan jika engkau mahukan  pengajaran
Maka cukuplah alam barzah itu sebagai pengajaran.



Saturday, January 5, 2013

dua kosong satu dan tiga

-->
Kejujuran itu kekasih Allah.
Keterusterangan merupakan sabun pencuci hati.
Pengalaman itu bukti.
Dan seorang penunjuk jalan tidak akan membohongi rombongannya.
Tidak ada satu pun pekerjaan yang lebih melegakan  hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah.
Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan ,  kebimbangan ,  kekesalan dan kegoncangan.
selamat datang 2013,,,
post pertama untuk 2013,,jeng66..