CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 2, 2011

paling baik dan paling buruk


sebaik-baik kekayaan ialah kaya jiwa


sebaik-baik bekal ialah taqwa


seburuk-buruk buta ialah buta hati






seburuk-buruk pendapatan ialah riba






seburuk-buruk makanan ialah makan harta anak yatim




seburuk-buruk akhlak ialah dusta

Wednesday, October 26, 2011

hum..kene taw..!!

jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat pada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang berbahagia
sangat menjauhi yang sia sia

jika hendak mengenal orang berilmu
bertanya dan belajar tidaklah jemu

jika hendak mengenal orang berakal
didalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang baik perangai
lihat ketika bercampur dengan orang ramai

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah pada kelakuan dia

Monday, October 24, 2011

aku ingin menjadi.....


aku ingin menjadi siti khadijah
menjalin agung sebuah cinta
menafkah hartanya fisabilillah.....

aku ingin sezuhud fatimah
akur tanpa jelak setiap perintah............

aku mengagumkan dan mahukan kejayaan
gedung ilmu siti aisyah...........

aku ingin menyelami ketabahan siti hajar

mengendong puteranya yang masih merah
ditanah padang pasir yang merekah...........

bukannya aku ingin menjadi
wanita penggoda
fitrah daripada sejarah siti zulaikha.......

pun jiwaku ingin sekudus rabiatul adawiyah
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiyah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan berpadu dalam satu hari
lantas ku serah cinta suci ini
untuk yang Maha Mengasihi
pasrahku pada mehnah perjuangan.............

bagai cekalnya hati zainal al ghazali
terluka, tersiksa, terhina,terpenjara
terkurung jasadnya dicelahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
demi islam bukannya penyerah galang gantinya.........

atau setidaknya aku mengimpikan hidup semulia maryam jameelah
berteman pena menongkah kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya........

aduhai,
meskipun aku hanyalah perawan
yang jiwanya tidak sekental asma
belum teruji dengan deraian airmata atiqah
tak mampu tersenyum
bagai khansa yang tabah....

namun relalah aku
relalah aku menjadi perempuan solehah
redalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kanku teguh menatang amanah ini
mewarisi kegemilangan srikandi ummah
hanya keraana islam merindui kemunculan
peribadi mukminah,muslimah,mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya
pusara masyitah
jika itu islam
kanku daulatkan,,,,!




<3 perjuangan itu pahit kerna syurga itu manis

Tuesday, October 18, 2011

movie plus game

salam....
kalam berbicara lagi utk kali ni...setelah sekian lama tinta tidak berdansa...

sekarang dok kat umah...cuty sem..sebulan..nak buat aper ek..????
plisss help me..!!!!!!!!!!!!1
humm....cepatnyer maser blalu kan..cam tak cayer lak...da nak masuk sem4...than sem 5 n sem 6....
yahuuu,....than abis blaja...
keje...?????ooohhhh......xuxuxu

nak buat aper cuty nie....???
sebelum hujan sediakan payung...
xuxuxuxu...b4 balik umah da amik byk giler citer....plus game y bertimbom2....
so....cuty nie...first mission is habiskan segala ceriter n games..
hummmm.............
aza aza fighting..!!!
xuxuxuxu...beshnyerr.....hum...
harus berusaha untuk mencapai misi n tugasan y dberikan...
moviees n gamess waittttttttttt meeeeeee.....!!!!
sayer takkan mengecewakan anda..!!

Sunday, August 21, 2011

ramadhan hampir berlalu


salam...xpa kiter sedar , ramadhan hampir meninggalkan kite..masihkah diberi peluang mengecap ramadhan seterusnya..??

hari nie dah 21 hari kita puasa
dah menjenguk 10 ramadhan terakhir..
jum kiter tengok fadhilat 10 akhir ramadhan..

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat.





  • Tuesday, August 2, 2011

    diuji 1 ramadhan,,....

    salam....nak dijadikan cerita.....
    kisah satu ramadhan diuji ngan pelbagai hal...har3.cam nak gelak pom ader..Alhamdulillah Allah swt sayangkan kami....diberi dugaan untuk menambah kekuatkan iman...Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.....betoi ker??

    pagi2 lagi da byak dugaan..sal grup presentation..tok kelas bi kami ..ken awat oral..roleplay..nak dijadiikan cerita grup kami tak buat ape2 persediaan cuz xsempat nak jumpa membership tok bg peranan masing2....ak n sahabat qis n umu datang lewat 10 min ke klas coz ttido selepas subuh..penat kot tidow 2 jam je malam tu...
    dapat pggilan dari kawan said kita first grup tok prsent...OMG!!!nak wat per nih??
    sepnjang jalan mengatur strategi xnak present.....
    last2 g gak ke kelas..ngan mukaa tebal n sebenarnya tak kisah pom,,, masuk ke kelas..than pn said ur grup wil get zero mark..huh!!!!!!..
    camner ni....kna do sumting...cam biasa aja2 ..fighting..!!..
    ngah grup laain present kite owang cebok ngaah wat plot cerita kat belakang..camner2 pom kna present gak...roleplay kaan wat gop..hhuh!!
    lepas sume grup setel...mohon maaf an pn n dapat present...xtaw laa camner mark..yeaala...last minit..skrip taah kemaana....just reka plot cerita n roleplay spontaan..huh..!!
    ok fine..!!

    ptg tu pnat giler2 pas abih kelas..camner nie..cross byk ag tak amik..jalan pom cam owaang mabuk jew...xuxuxu..biasa la sahur ngan horlick jew kot..
    amik cross tapi dapat wat 1 prosedr jew...saboo jelaa...

    nak bukak kat ner n menu per nak makn nnihh??...jawapannya masjid la...fine..xisah pom...adat la stdent....suker cari barg free...makan pon nak free
    ............
    g masjid kol 7.15..bukak kol 7.30..sempat jew...mula2 biasala minum air n makan kurma..pas solat maghrib baru makn naasiik ....cepat2 solatn kuar awal nak makan nasik..nak diijadikan kisah sampai jew kat nasik tgk2 nasik da abiss....huh!!makan lauk jew..ayam gulai,telur masin n tembakai..Alhamdulillah rezeki tu tetap ader...phak masjid kate makanan ad ag ..nanti boleh mkn..xciap jew lg..sukenyer....sempt mkn lepas tarawih..k,fine..lepas jew kuar msjid pas tarawih...tgk2 owang masjid dah kmaskan meja n angkut bekas lauk msuk dapur....xpew2..saboo...balik ostel..lapau22....

    nak mkn per???
    jawabnya KFC laaa..har2...tu jew jln termudah..mls nk p jauh..
    .............1 ramadhan da mkn kfc...camner lak hari seterusnya...oh noo!!...botak laaa.....

    kemuliaan Ramadhan...

    Ramadhan bulan ibadah
    bulan kerahmatan dan keampunan
    para malaikat merendahkan sayap
    untuk menghitung pahala berganda

    ramadhan bulan berpuasa
    bulan kesabaran dan keinsafan
    lapar dan dahaga mendidik jiwa
    menundukkan nafsu
    mengawal indera

    Pintu syurga dibukakan
    ditutup pintu neraka
    dibelenggu syaitan yang durjana
    dihentikan azab di pusara

    bersyukurlah pada rahmat-Nya
    (Ya ramadhan)
    dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
    beruntunglah bagi mereka yang
    mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
    tiap satu pahala ibadah
    tujuh puluh ia digandakan
    10 akhir ramadhan
    dikurniakan lailatul Qadar
    malam yang terbaik
    diumpamakan seribu bulan...

    p/s:lagu ni antara lagu fevret...xuxuuux..cam suuker n memotivasikan diri....

    Monday, July 25, 2011

    sem 3 da nak abiss

    salam..
    umm....cepatnyer maser berlalu....da masuk sem 3 n teori hanya tinggal seminggu agi...pas ni praktikal pulak...
    camner nie nak praktikal cam tak ready jew ag...da ad junior kena la berlagak pandai kit...kalo tak maluuuu maaaaaaaa..........
    makin byak prosedur yang kena praktis n buat kat ward..ala...malasnya...
    cammner laa nak jadi staffnurse nih..
    help me..!!!!
    Ya Allah Ya Tuhanku ...kuatkanlah semangat ku..

    lam seminggu ni selsema..than demam n batuk....
    g AnE n dapat mc 2hari...gumbiranya dapat mc..
    taapi keesokan paginya raser caam sob n pi kat AnE balik..than kna tahan kat c2...xuuxuxuxxuux..cam x cayer pom ader...lamernyer tak sakit tiba2 jatuh sakit....
    xxper hARUS bersyukur at least terhapus dosa2 silam...xuxuuxux
    doc dignoss asthma attack..huh!!!
    cam xcayer lak...amik 4 neb..sedut n nasal pronge...bp agak high..systol laaaaa,,tachycardia...palpitation...xuxuuxuxu..chest pain..
    OMG!!!
    i ned to do sumthing...ye!!! ak perlu du sumting tok ksihatan ak..takkan muda2 ag da jatuh sakt k0t....
    after 2 dayy kesihatan agak ok...da beransur pulih..Alhamdulillah....
    ciap bley post blog ag..xuuuuuu

    Monday, April 4, 2011

    wahai hamba-Ku

    kita sering mendengar janji manis manusia. ada yang menunaikan ada yang tidak mampu menunaikan. malah yang sangat ingin menunaikan janji tetapi tidak mampu. janji Allah Sang Maha Pencipta pasti akan ditunaikan.

    daripada Abu Dzar Al Ghifari r.a. daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana beliau riwayatkan daripada Rabbnya Azza Wajalla bahawa Dia berfirman (ini adalah hadis Qudsi):

    wahai hamba-Ku,
    sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku telah menetapkan haramnya kezaliman itu di antara kalian,maka janganlah kalian saling berlaku zalim.

    wahai hamba-Ku,
    semua kalian adalah sesat kecuali siapa yang Aku beri hidayah,maka mintalah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah.

    wahai hamba-Ku,
    kalian semuanya kelaparan kecuali siapa yang Aku berikan kepadanya makanan, maka mintalah makan kepada-Ku nescaya Aku berikan kalian makanan.

    wahai hamba-Ku,
    kalian semuanya telanjang kecuali siapa yang Aku beriakn kepadanya pakaian , maka mintalah pakaian kepada-Ku nescaya Aku berikan kalian pakaian.

    wahai hamba-Ku,
    kalian semuanya melakukan kesalahan pada malam dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semuanya,maka mintalah ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni.

    wahai hamba-Ku,
    sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kalian lakukan kepada-Ku sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang kalian berikan kepada-Ku.

    wahai hamba-Ku,
    seandainya sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir, daripada kalian manusia dan jin semuanya berada dalam keadaan paling bertakwa diantara kamu,nescaya hal tersebut tidak menambah kerajaan-Ku sedikit pun.


    wahai hamba-Ku,
    seandainya sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir, daripada golongan manusia dan jin diantara kalian, semuanya seperti orang yang paling derhaka diantara kalian , nescaya hal itu mengurangi kerajaan-Ku sedikit pun juga.

    wahai hamba-Ku,
    seandainya sejak orang pertama diantara kalian sampai orang terakhir,semuanya berdiri di sebuah bukit lalu kalian meminta kepada-Ku,lalu setiap orang yang memita Aku penuhi,nescaya hal itu tidak mengurangi apa yang ada pada-Ku kecuali bagaikan sebuah jarum yang dicelup ditengah lautan.

    wahai hamba-Ku,
    sesungguhnya semua perbuatan kalian akan diperhitungkan untuk kalian kemudian diberikan balasannya,siapa yang banyak mendapatkan kebaikan maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah dan siapa yang menemukan selain kebaikan itu janganlah ada yang dicela kecuali dirinya.
    (Riwayat Muslim)

    Thursday, March 24, 2011

    taatkah kita..

    ketaatan bagi seseorang muslim adalah laksana air bagi ikan dan udara bagi manusia , kerana tidak akan ada kehidupan tanpa ketaatan.

    seseorang muslim tidak boleh terlepas daripada ketaatan sepanjang hayatnya dan kerananya Allah telah menciptakan manusia.

    ketaatan yang paling utama dan patut dijadikan bekalan adalah membaca Al-Quran, sebagaimana yand disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan drpd Abu Umamah r.a. dia berkata.saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

    "bacalah oleh kamu Al-Quran, kerana itu adalah syafaat(penolong) bagi yng membacanya pada hari kiamat."
    "orang yang tidak ada di dalam dirinya sesuatu daripada Al-Quran (tidak membacanya), adalah bagaikan rumah yang hancur."

    Wednesday, February 9, 2011

    OT

    kalam berbicara ,,
    hari nie,,dapat peluang pergi pro visit kat bilik ot(operration theater)..waaa,,besh,,dapat tngk operation ngan real...sempaat masuk 2 bilik...satu ngah operate apendic n satu ag..infected afta kaki dibuang.....bess,,tapi xdapat join ngan lama coz ade test pn J ..huk99,,mmg tak suker..

    al kisahnyer..2 3 ari ni mmg sebok giler..nak joging pom x sempat..byk keje kna setel n test pom banyak...hmm..mm..kelas stak seawal 8 pg n habis selewat 5 ptg..huh..sape tahan beb...!!!
    moge ia dapat mematangkan ak n mguatkan fizikal n mental aku..har55...

    seronoknyer pabila setel setiap satu keje...tapi keje dihadapan byk y menanti..
    ptg nie tidow lamer..bessnyer cam hilang segala kepenatan..kemana mhilang??dimakan oleh mimpi2 indah kot..
    tak sabau menanti hari minggu,..nak buat aper ek.??nantii pikir..............

    Sunday, February 6, 2011

    helloo usm...

    salam....arini first day kelas afta mid sem break...har55,,cuty seminggu pom da nikmat gilak...huhh
    .....xtaw la nape tapi 1minggu blalu ngan pantas gilak.....
    bessnyerr,,,kalo laa lama maser blalu,nikmatnyaa..biasa la manusia tak pernah puas ngan apa y mereka miliki...dan itulah aku...inginkan sesuatu,,dan sentiasa menginginkan y terbaik...

    setinggi tinggi tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua...
    bagi aku..sebesar mana pom masalah y timbul...sekeras mana pom hati menentang...sehipokrit mana pom kita dihadapan mereka....setinggi langit menahan kesabaran...selebat mana titisan air mata mengalir,,masalah tetap masalah...
    siapakah manusia yang sempurna yang tak pernah mengalami masalah..???
    yang pasti tidak semua masalah boleh dikongsi...

    ntahlaa,,bagi aku,,bila minda ligat mencari penyelesaian,,aku tetap ingin mjadikan famili sebagai tiang yang bisa menampung keruntuhan sesuatu binaan...walaupum hakikatnya,,apa yang bisa mereka lakukan,..!
    mak ayah,,xbisa kunafikan begitu utuh didikanmu terhadap zuriatmu...
    bisakah aku menjadi sepertimu??

    hmm..mmm...hati bisa lega melihat wajahmu...
    seminngu kat umah,,nikmatnyaa...
    kembali ke usm ngan ooo chayook chayookk.....

    uurrgghh ^@@^...banyaknyer keje tak setel ag..huk99..

    Tuesday, January 18, 2011

    thermometer oh thermometer...


    salam...kalam berbicara lagi untuk hari ini....
    hari nie dah genap 1 minggu start diet...har55,,cam lucu pulak...
    tapi jangan men2 taw,,,da seminggu da tak makan nasik..ba'syah naa!!!!!
    hari nie,,hari kedua stak joging ptg...
    sebelom nie just cycling jew.....nak nek bysikal,,tapi susah la takder byskal sendiri..asyik kena sewa n rm1 untuk satu hari...
    Raser cam besaw jew nilainyer kalu tiap2 hari sewa..har55...
    so,semalam decide nak joging..semalam joging amai2 ngan qis,ika n mira..hari nie just ngan mira..mira berusaha joging sambil mencari cinta sejati..har55..
    aku pulak berusaha joging untuk mendapatkan bentuk badan y sejati...adil kan..??har55...
    teruskan berusaha mira..tanpa keberanian mimpi tak bermakna.,.

    berbalik kepada al kisah thermometer oh thermometer.....cam nak gelak pom ader
    giler betoii....
    hari ni masuk lab..so wat amali laa..sal amik suhu,,bp(blood pressure),ukur tinggi n berat...
    ngah nak tunggu turn amali wat bp....cam boring la pulak..tangan yang gatal nie mula merayap mencari sesuatu y boleh menemani kebosanan..
    har33,,,pergi kat group len n amik thermometer...kononnya nak action goncang termometer....
    tetibe jew kene troli n berkecai...pe lagi,,punye la terkejut n berdebar...kalo maser boleh diundur....takkan tangan ni menggatai nak pegang tu nak pegang nie...har88...malunyer..satu kelas pulak tu taw...cam dapat publisiti pulak.....no!!!..publisiti murahan tu ataw lam kater name len mencapub!...

    so,pengajaran tok hari ni kalu nak shake thermometer,,tolong jaga jarak anda...!!!
    peacee....

    Sunday, January 16, 2011

    al kisah 2 3 hari niee....

    Bismillah...
    nak dijadikaan kisah,2 3 hari nie memang tak sempat nak post blog...
    agak macam2 blaku lam 2 3 hari nie...

    malam jumaat hari tu ader program under usm..under feski(festival kelestarian islam)..
    ikut kan hati mmg malah giler nop join....tapi selepas dipujok plus dirayu oleh azi,qis n ida....berjaya jugak aku pergi akhirnya...
    sebab nk pergi mestila sebab nak merit...
    tajuk program ni "hari untukmu wanita"..
    qis ngan penuh yakin n cmpident yang program nie kna pakai cantik2...ataw lam kata nama len pakai bj kurung untuk menapakkan kesopanan n kesusilaaan..
    so punyalah malas giler nop iron baju...har55,,,,
    so jadilah kami pergi ke program nie....
    majlis stak kul 830mlm.kami pergi 930malam ...har55..dah la lewat malunya nak masok..
    xper,,,alang2 melangkah teruskan melangkah..ba'syah..!!!

    so,pergilah kami berempat ...sampai jew nak masuk muka pintu dewan...kena daftar..
    akak yang jage kaunter pendaftaran tu ngan selamba jew tanya.."peserta ker?"
    hahahaha....kami jawab"tak,,mai just nak tonton"...
    maluuuuuu...maner tak nyer,..owang kat dalam sumer pakai biaser jew...siap pakai seluar trek n t shirt biaasa jew..
    masuk jew sumer owang tengok...maner taknyer mesti diowang ingat kami ni kumpulan nasyid dari mana...just peserta y pakai cantik2 cuz nak nek pntas tok persembahan...har44..malu..nak kuar dewan ciap cover ag..wat cam owg cebok ngah bercakap lam tepon...har55...takpela sekuwang3 nyer ade idea nk cover..

    esoknya,,,majlis as syura tok batch kami...besst...wat kat surau murni...
    malamnya pulak..mengimbau kembali detik2 manis menjadi seorang kanak2..
    giler betoi...malam tu kami main permainan y selalu kami main maser kecik2 lu..
    main "to dudok","to patong(atau kawan aku qis owang penang panggil ice n water)"...har5..men kat dataran parking kete...pok guard ciap suker ag....
    har4....nakal nyer...!!!!!...

    Wednesday, January 12, 2011

    first test untuk bio ....camner niee..??


    salam...esok test bio.....hmmm..camner nie,,,??


    perkara paling tak suker bila ad test or exam...kan best kalo just belajar,,..
    bio..???urgh...sumpah kena baca plus haafal...tok test ni pasal hema...
    susahnya somthng y bkaitan ngan darah nie....nampaknya malam nie stay laaa jawabnya...
    besok paagi2 da test...

    mintak2 jangan bangun lewat ye ecop...
    dah laa arini sedey cuz tak boley masuk kelas pn J disebabkan lewat 5 minit...lbih n kurang hampir 40 owang antara kami y x daapat masuk kelas..hik88...ciss memalukan..kelas start kul 2...5 minit b4 kol 2 pn dah kunci pintu...ishkk...cam budak skola pulak..

    hm..mm takpe laa mgkin pn nak kami berdisiplin..1/2 h paastu baru dapat masuk kelas....
    nasib baik ader y pandaai pujok pn...
    masuk2 jew terus kena berleter.....pn said"patient boley mati disebabkan u all y lewat 1 saat"...har55

    sabaw jelaa....pn J,bagi aku dia ni seorang yang mengeluarkan kata2 y halus n lembut tapi berbisa...ataw lam kata nama lain.mEnYEkiT..!!!..by the way,,as a student biasa laa tu...
    hm,,,mmn...teruskan study,..moge dapat jawab ngan baik n lancar...insyaAllah...

    Sunday, January 2, 2011

    21 besday pic..!!

    thanks...for this cute cake..bape ek harga???coklat gitu...musti mahal kan..hik99...

    bear y canteq..lapz bilon....hik99....






    hik99...21..???har66...




    cokelat cake y besh n jeliro....thankszz...yummi99...


    00:00 on new year 2011...

    salam....1 jan 11...hepyy befdayy naa...semoge kamo success selalu...!!!!!!!!!!!!!chayookk88...ba'syah2!!.21 years old...har55..da stak tuo da...apa y ader pada angka jika ia tidak mampu mematangkan anda?...moge dengan jumlah angka yang semakin meningkat nie,,mampu meningkatkan kekuatan diriku untuk melalui segala dugaan pada masa akan datang..amin..!!

    betol2 tak sangkan n surprise giler babin ngan member rumet y tidak sahih ke'roomate'tannya...
    thankss vv mch n 4ever....atas surprise besday aku...thanks..terharu giler n sebak giler....
    banyaknyer dosaku kat korang..har55,,..ampon dik33.....
    vv tq to adzi,qis ,ika n mira n yang terlibat samer untuk mjayakan surprise yang kalian buat..har55..vv tq..!!!
    thankzz tok segala2 nya...
    yang pasti kenangan ni berjaya membuatkanku tersenyum n tersengeh keseorangan bila terkenangkan peristiwa ni....
    waa tahniah atas kemajuan diri anda...politik y semakin mencabar n mampu menunjukkan ke'real'lannya...gud!..majuu...!!!!!!!!
    muah66...,cayunk korang alwayss....
    thanks vv mch for this besdayy...!!!